Thursday 27 October 2016

 KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.

Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.

Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya.
Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan.
Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketepikan.
ubatan1.jpeg
Panadol , Antihistamine & Antibiotik
Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selesema dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbul lah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab.
Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan. Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.
Aspirin
Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin.
Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah.
Ventolin
Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar.
Neulin
Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.
Bahan Besi ( Iron Tablets )
Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia.
Anti-Convulsant
Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini .
Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan.
Phenobarbitone
Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan.
Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak - kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi ada laporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.
Steroid
Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya.
Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.
Vitamin D
Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ).
Vitamin A
Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.
Penicillin
Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya..

Tuesday 25 October 2016

                                                              SENGGUGUT


Senggugut atau juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atay ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

                 BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

                                    TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

                 SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ adalah disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon.

                            SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :
ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
‘INTRAUTERINE DEVICE’ atau ‘IUD’
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
Kes merawat senggugut dengan homeopathy
antara remedi homeopati untuk senggugut
Aku sedang menunggu pelajar untuk memulakan kelas usul feqh aku pada hari khamis tu 27/3/2010 . Lama juga tunggu tak sampai-sampai budak – budak ni . Lepas 15 minit baru 2-3 orang masuk kelas . Aku tanya kenapa lewat sangat masuk depa kata salah sorang kawan mereka si P tu mengalami senggugut bulanan yang teruk sampai pengsan. Aku mulanya rasa depa tu saja nak buat alasan masuk lambat ke dalam kelas aku mungkin sebab kelas lain habis lambat . Tapi bila cerita si P tu terpaksa dihantar oleh en Zamri dan Kak tie ke klinik Maimunah aku mula beranggapan positif . Lepas tu aku mula kelas macam biasa .
Minggu depannya aku tanya P , betul ke dia kena PMS ( pre menstrual syndrome ) dia kata memang betul tiap – tiap bulan kalau datang period mesti dia berhempas pulas menahan kesakitan . Aku mintak lebih detail kesakitan yang dia alami . Dalam kepala aku terbayang hanya satu ubat saja yang tepat dengan keadaan yang dia alami . Esoknya aku berikan sebotol kecil mag phos 6x . Kata kat dia makanlah ubat tu 2-3 hari sebelum kena period bulan depan .
Selepas sebulan pada 25 / 4 2010 aku smskan dia supaya makan ubat tu . mana tau kot-kot mujarab . Selang seminggu dia sms katanya bulan ini dia mengalami kitaran haid yang normal tanpa sebarang masalah kesakitan senggugut dan bertanya berapa kena bayar . aku kata makan jelah tu rezeki awak sambil menasihatkan tiap kali 2-3 sebelum period jgn miss ambi ubat tu.


ANTARA PENYAKIT AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE) YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY.
Penyakit : Gout, Lemah badan, letih atau lesu, malas, tidak ada tenaga, sakit urat saraf, sakit kepala, migrin, selalu melepuh mulut / pecah mulut, gastrik, hilang suara, resdung, sakit kerongkong, selsema, demam berterusan, sakit orang tua, kencing tidak tos, kecing tidak puas, sakit buah pinggang, sawan, kencing manis, darah tinggi, strok, batu karang, albuminuria, ketuat, menyintak, cramp, kelimumur, denggi, cirit-birit kronik, tersedu, insomania, lumpuh, ketimbir, eczema, psorasis, kembong, angina, batu di hempedu, kencing berdarah, hepatitis, buasir, nephritis, buta warna, jerawat, ketumbuhan, prolapse of uterus, busong, bell palsy, parkinson, siflis, gonorrhoea, tinnitus, masalah jantung, ulcerative colitis, gastrik ulcer, rheumatism, gastrik, glaucoma, buasir, jerawat.
Masaalah Lelaki : Mandul lelaki, tidak ada benih lelaki, lemah tenaga batin, pancutan air mani pramasa, ketagihan arak, ketagihan rokok, angin pasang, , masalah mastubasi atau onani, , masalah prostat dan lain-lain.
Masaalah Wanita : Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan, darah haid berketul, darah haid datang sedikit, sakit bulanan, senguggut, endometrosis, dysmenorrhoea, fibroid, selalu keguguran, mandul, tidak subur, fallopian tuba tersumbat, masalah hormon, keputehan, emosi, gila meroyan, masalah muntah-muntah waktu hamil, alahan mengandung, pening, mual-mual, muntah, dugal, angin, keluar cecair faraj yang busok, hilang nafsu seks, radangan pada faraj,vaginitis, masalah barah buah dada,spleen bengkak, selalu pitam, rambut gugur, masalah kegemukan atau obesiti, rawatan sebelum dan selepas bersalin, hysteria, luka dalam selepas pembedahan, varicose vein, jeragat.
Masaalah Kanak-Kanak: Kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar - hydrocephyalus, hydrocele, hernia, kanak-kanak selalu berdarah hidung, selalu kencing malam (bed wetting), sarat,lekat tulang ikan, mabuk perjalanan, anaemia, apthae, asthma, rabun malam, berkudis, gatal-gatal badan, sembelit, cacing, jaundice , scabies, kudis malam, kanak-kanak selalu menangis, sarat, campak, bertih, steriliti, infertiliti, tonsil, sakit gigi, hyper active, kencing tidak keluar, geligata, allergik.
MASAALAH JIWA & KEROHANIAN YANG DAPAT DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY

§ Imiginasi luarbiasa seperti merepek, tak sedarkan diri, meracau dan imiginasikan nampak orang hitam dan hantu.
§ Pesakit kelihatan takut dan tertakut-takut kepada benda-benda yang tidak kelihatan.
§ Berkelakuan tidak sopan, mendedahkan maruah dan pakaian.
§ Angan-angan, banyak fikiran merosakkan ingatan.
§ Keresahan dan gelisah.
§ Takutkan gelap, takut lampu padam, takut duduk dalam gelap.
§ Menangis sepanjang masa dan mudah menangis dalam semua hal.
§ Dukacita dan takut mati.
§ Gilakan sesuatu macam nak gila dan hampir-hampir menjadi gila.
§ Rasa buntu dan rasa bodoh, tidak boleh berfikir, pandangan dan pemikiran berubah menjadi berlainan semua perkara kebiasaannya.
§ Khayalan (hallucinations), terpandangkan hantu, khayalan terpandang benda-benda ganjil.
§ Histeria
§ Pesakit yang telah kehilangan harapan untuk sembuh atau telah hilang kepercayaan untuk hidup.
§ Suka merajuk dan selalu penyedih.
§ Perempuan yang selalu dukacita dan gudah gulana.
§ Takut dan payah membuat keputusan.
§ Takut waktu petang dan takut tinggal seorang.
§ Sensitif, cepat marah dan tidak sabar.
§ Suka bertengkar dan cari gaduh.
§ Pendendam, ingin membunuh dan mencari salah.
§ Peminum arak, kuat merokok, menagih memakan ubat dalam bentuk dadah.
§ Hidup berfoya-foya.
§ Tidak terkawal emosi dan perasaan marah melebihi batas.
§ Marah bila ditegur atau bila disalah kesalahannya.
§ Sensitif, ketua yang mudah tersinggung.
§ Ahli fakir yang banyak menggunakan pemikiran yang mendalam seperti ahli penyelidik, ahli sains, pentadbir bank, juru akaun yang dibeban dengan tugas yang tak kehabisan.
§ Mudah terperanjat dan mudah marah, pembenci, garang dan pembengis.
§ Masaalah tidak boleh tidur.
§ Selalu gemuruh (Nervous) dan wanita yang sensitive.
§ Watak mudah berubah, mudah bertukar keputusan atau keputusan tidak menentu.
§ Orang yang begitu moody akibat tekanan perasaan yang berpanjangan, berterusan, sambung menyambung dari satu kejadian, ditimpa lagi ibarat sesudah jatuh ditimpa tangga pula. Kemalangan demi kemalangan, dugaan demi dugaan, tekanan fizikal yang teruk, di imbangi pula dengan tekanan perasaan.
§ Suka bersendirian dan tak mahu diganggu.
§ Merajuk sebab salah diri sendiri.
§ Fikiran mengelamun berfikir hal yang tidak menentu akibat salah sendiri, akibat mudah tersinggung.
§ Watak yang payah di fahami, sulit di dekati.
§ Watak yang begitu peramah, baik hati waktu sihat tetapi mudah sangat tersinggung walaupun perkara yang begitu kecil.
§ Kanak-kanak tidak boleh ditegur, walaupun teguran sebagai pengajaran.Bila ditegur dia mula membuat hal, mula menunjukkan belangnya, merajuk, mengamuk, membaling botol susu, membaling bantal, membuang apa saja yang berada di tangan hingga tidak terkawal.
§ Pasangan suami isteri menjadi SAKIT akibat penyesalan kata-kata, penyesalan suami, isteri merana, sakit.
§ Sakit akibat berita buruk, menyedihkan, menyinggung perasaan, akibat sindiran, kekasaran anak cucu, datuk dan nenek.
§ Remuk hati tidak mahu makan dan minum, terus sakit berpanjangan.
§ Emosi, cemburu, putus cinta, susah hati akibat putus cinta.
§ Gagal dalam hidup, gagal dalam peperiksaan dan gagal dalam perniagaan. Terkejut akibat kegagalan.
§ Rosak mental dan jiwa. Bercakap berterusan melompat dari satu topic ke topic yang lain. Menukar-nukar cerita. Percakapan sambung menyambung, berbelit-belit macam ular.
§ Gila sembahyang, gila berdoa, berlagak warak, bertukar cara pakaian macam tokoh agama yang warak.
§ Cemburu dan prasangka tanpa sebab dan alasan.
§ Mimpikan ular, mimpikan dirinya mati, mimpikan dirinya mati dan dibawa dalam keranda ke kubur.
§ Kepala dan pemikiran: selalunya gila seks. Ingin seks berlebihan.
§ Perasaan jemu hidup. Hendak mati dan hati kecil sentiasa hendak bunuh diri.
§ Hidup dirasakan sebagai beban berat kepadanya.
§ Fikiran dan emosi sebab putus cinta, gagal cinta, dukacita dan merana perasaan. Merasakan masa depannya gelap dan tak ada tempatnya lagi di dunia.
§ Merasa diri berdosa.. Dosanya tak akan di ampun tuhan. Merasakan telah banyak membuat dosa. Merasakan dirinya disingkirkan masyarakat. Rasa rendah diri.
§ Mudah rasa tak puashati. Membuat pertanyaan bertubi-tubi. Soal yang tak putus-putus tanpa menunggu jawapan.
§ Watak berlaku sombong, membesar diri. Merasa dirinya besar.Memandang orang lain lebih rendah darinya.
§ Ilusi penciuman, terbau-baukan benda yang tidak wujud.
§ Ilusikan terasakan dirinya berdua atau ilusikan ada orang lain mengekorinya.
§ Kanak-kanak yang lembab belajar, penangkapan dan daya kefahamannya lemah.Kelemahan otaknya tak boleh berfikir, tak boleh menerima pelajaran, tak boleh faham dan tak dapat memberikan perhatian dalam satu-satu mata pelajaran.
§ Merasakan ada benda hidup dan lembaga lain dalam diri.
§ Imiginasikan roh dan jasadnya berpisah dan imiginasikan ada orang duduk disebelahnya.
§ Ingatan lemah. Menulis selalu salah ejaan dan payah dapat memusatkan fikiran.
§ Hilang ingatan, tak dapat mengingat nama buku, nama orang, kawan-kawan, nama tempat. Tak boleh ingat angka dan pengiraan. Payah mengira dan membuat kira-kira.
Dan banyak lagi simptom-simptom penyakit yang melibatkan dengan minda, jiwa dan kerohanian yang dikenali sebagai MIND SYMPTOM boleh dirawat dengan kaedah Homeopathy.

               Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang kronik


Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.
Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.
Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?
Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.
Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.
Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.
Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan Dengan beberap diet serta peraturan yang telah ditetapkan Mr NAND telah mula menjalani terapi homeopathy dengan formula baru 'Trinity of Homeopathy'
Drawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.
*Rawatan Altenatif
Mengikut Kaedah Homeopathy
Sistem perubatan Homeopathy mempunyai caranya tersendiri untuk merawat kes-kes Penyakit Buah Pinggang [ Renal Failure] dengan memberi ubat-ubat yang sesuai;
Kes 1 : Mr.NAND- Umur 50 tahun.
Mr.NAND telah dimasukkan ke sebuah hospital setelah dirujukkan oleh sebuah klinik swasta dengan tanda-tanda yang jelas menunjukkan 'penyakit buah pinggang', kaki,perut, muka dan badan bengkak, air kecing mengandungan darah. Dan setelah membuat analisa dengan teliti doktor telah mengesahkan bahawa mengikut X-Ray,scan dan sebagainya, pesakit , MR NAND telah mengalami 'Renal Failure' dan memerlukan Dialysis buah pinggang secepat mungkin.
Mr.NAND cukup takut kepada dialisis kerana sebelum ini beliau telah lihat sendiri bahawa kakaknya juga meninggal dunia setelah satu tahun membuat dialisis.
Beliau takut lalu berjumpa dengan Prof Nik Omar seorang pakar homeopathy untuk mendengar pendapatnya.
Setelah perbincangan berlaku, beliau mengambil keputusan untuk katanya untuk 'mati dirumah' dan bertawakal untuk berubat dengan Prof Nik Omar.
dengan mengamalkan ubat-ubat yang dibekalkan seperti' Aconite, Belladonna, Apis Mel., Ars Alb., Hellebore, Cham., Bryonia, Lyco., Calendula, China Off, Spigelia' dengan kaedah permakanan yang khusus, dalam tempuh 3 bulan MR NAND telah pulih sepenuhnya dari tanda-tanda penyakit yang dialami sebelum ini.
Bila beliau kembali semula menemui 'doktor' di hospital tersebut, doktor hairan, bahawa dengan gejala-gejala dan tanda-tanda yang teruk sewaktu meninggalkan hospital, beliau sangka Mr NAND telah pun 'mati' tetapi Tuhan masih sayang MR NAND dan dia sembuh dan sihat sehingga ke hari ini.
Allah Maha Besar !!
Kita Ikhtiar Tuah Menyembuhkan !
Dalam hal-hal sebegini, kita hairan, masih ramai lagi orang-orang tidak percaya keupayaan penyembuhan yang ada pada ubat homeopathy.
Mereka masih tidak yakin, dan tidak percaya.
Apa salahnya kalau mereka sekadar memcuba dan berikhtiar secara homeopathy sebelum membuat sebarang dialysis.
sebab kami cukup yakin dengan adanya lebih dari 100 jenis ubat-ubat homeopathy untuk 'Penyakit Buah Pinggang', kita cukup yakin, bahawa rawatan homeopathy berupaya memberi rawatan alternatif yang baik kepada pesakit-pesakit Buah Pinggang.*

Thursday 13 October 2016


                               PIL MUDAH BERSALIN DAN SELEPAS BERSALIN


     Tidak ada berita yg lebih menggembirakan bagi seorang suami selain dari mengetahui yg isteri tersayang disahkan mengandung.,lebih-lebih lagi bg mereka yg bakal menimbang cahaya mata yg pertama.Begitu juga di pihak isteri ,perasaan mereka bercampur baur antara gembira dan juga sedikit cemas terutama bg isteri ttg susahnya mengandung serta bertapa peritnya disaat melahirkan anak.
Kami amat prihatin terhadap penderitaan yg ditanggung oleh ibu-ibu yg hamil. Menjadi tanggungjawab kami untuk meringankan penderitaan anda seperti mana usaha kami dalam merawat pelbagai kes penyakit di pusat perubatan kami. Teristimewa utk ibu-ibu yg sedang mengandung kami sediakan formula lengkap semasa mengndung bermula berusia kandungan 2 1/2 bulan dan selepas melahirkan shingga habis pantang 60 hari. mudah-mudahan pengalaman mngandung dan proses melahirkan anak tidak lagi mnjadi igauan ngeri, malah sepatutnya ia membawa kenangan indah dan mudah.

                                      KEGUNAAN UBAT SEBELUM BERSALIN

1. Mempunyai khasiat utk menguatkan otot dan tulang janin ,membekalkan zat besi dan kalsium mudah serap ,menambah darah , mengelakkan sembelit dan berlakunya simpul biawak ( cramp ) terutama waktu malam.
2. Melancarkan sistem perkencingan ,mngurangkan bengkak kaki serta bengkak di betis,membekalkan zat utk pembinaan saraf dan otak janin,zat kalsium dan besi mudah serap utk ibu bagi mengelakkan berlakunya anaemia dan masalah gigi rosak.
3. Mengurangkan sakit urat dan lenguh-lenguh ,menenangkan fikiran ,mngawal alamat palsu bersalin ( false labour pain ) ,menguatkan rahim dan placenta.
4. Menambah tenaga utk meneran sewaktu bersalin ,menghilangkan rasa bimbang ,cemas serta menambahkan keyakinan utk mghadapi hari bersalin ,membantu mmbuka pintu rahim dan saluran peranakan ,mnguatkan daya mengendur dan menguncup rahim semasa proses men
eran ,memudahkan bayi keluar ,mengurangkan rasa sakit.
                            
                                    KEGUNAAN UBAT SELEPAS BERSALIN

1. Membantu mghentikan pendarahan ,memudahkan keluar uri (jika uri lekat ) ,mngurangkan sakit "rengat " bersalin ,mengelakkan berlakunya gangguan emosi (meroyan ) serta demam ( puerperal ) atau pening kepala akibat kehilangan darah.
2. Mempercepatkan kesembuhan luka-luka dalam mghilangkan tekanan perasaan (trauma bersalin ) ,menambah darah,membetulkan kedudukan rahim ke tempat asal ,mghentikan darah nifas dan memulihkn tenaga dan urat saraf.
3. Membantu mngecutkan peranakan ,mngelakkan berlakunya urat simpul ( varicose vain ) , mngurangkan sengal -sengal badan dan kebas-kebas anggota terutamanya kaki dan tangan.
4. Menambahkan selere makan ,mngelakkan berlakunya sembelit dengan memperbetulkan sistem penghazaman ,memperbaiki sistem air kencing .mngatasi masalah sukar tidur.
5. Menyegarkan badan , mengembalikan stamina, memulihkan urat saraf alat sulit serta membekalkan tenaga supaya ibu-ibu sentiasa sihat.

Sunday 2 October 2016

MENGAPA PESAKIT PERLU DIPANTAU??

Mengapa pesakit perlu dipantau dan diperiksa? Tak bolehkah kita ikutkan perasaan kita saja? Bila kita rasa sihat dan segar maka, kita tak perlu dipantau!

Begitulah agaknya ramai pesakit rasa. Saya berkata begini sebab ramai yang sudah tahu mereka ada penyakit kronik tidak mahu jumpa doktor berkala untuk pantauan dan enggan memakan ubat yang diberikan.

Sebagai contoh penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus .
Penyakit ini ada dua type. Type 1 boleh berlaku pada umur muda tetapi type 2 akan berlaku pada umur lebih matang namun sejak akhir-akhir ini, umur muda pun sudah boleh dapat type 2 DM..

Type 2 lah yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan serta pilihan makanan kurang seimbang dan juga gaya hidup yang banyak tekanan.
Apabila kencing manis tidak dipantau dan gula dalam darah tidak dikawal dengan baik, banyak komplikasi boleh berlaku.

1. Pada saraf terutama saraf peripheral dan ini menyebabkan kebas tangan dan kaki

2. Pada pembuluh darah kecil, ie kapilari dan ini akan jejas penglihatan bila berlaku dalam mata dan ginjal bila berlaku di ginjal ( kidney ).

3. Selain dari ini, oleh kerana pembuluh darah semakin terjejas, ia boleh menyebabkan kudis dan gangrene serta serta luka yang tidak ada rasa sakit. Ini adalah bahaya, kerana bila tidak sakit, pesakit tidak sedar tentang adanya kudis dan ia akan menjadi semakin melarat.

4. Banyak lagi organ boleh terjejas maka sebab itulah pengidap kencing manis perlu dipantau oleh doktor perubatan dan juga pakar mata.
Pesakit sendiri juga boleh pantau dengan membeli alat pemeriksaan gula dalam darah ( glucometer) dan secara berkala berjumpa doktor untuk pastikan kawalan jangka panjang memuaskan (Hba1C) .

Bila pesakit memilih untuk tidak ambil tahu tentang penyakit dirinya atau memilih untuk mencuba rawatan herba tanpa dipantau oleh mana-mana profesional perubatan, ini adalah langkah yang kurang bijak dan boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan tanpa disedari .

Penyakit seperti kencing manis membawa risiko kerosakkan organ lain dan boleh menjejas jantung, hati dan lain-lain tanpa disedari.

Pendekatan rawatan yang saya lakukan adalah gabungan rawatan komplementari, nutrisi dan juga rawatan konvensional. Saya dapati ini dapat kurangkan pengambilan ubat sebab kadar gula dapat dikawal dengan ubat yang minima dan ini akan kurangkan kesan sampingan ubat. Semua ujian yang diperlukan wajib dijalankan dan rujukan kepada pakar pun perlu dan saya akan rujuk untuk pemeriksaan lanjut bila perlu.

Awas pengamal perubatan bukan konvensional yang tidak ada ilmu perubatan dan menghalang pesakit dari berjumpa doktor. Perbuatan ini tidak beretika dan boleh membahayakan pesakit.