Sunday 2 October 2016

MENGAPA PESAKIT PERLU DIPANTAU??

Mengapa pesakit perlu dipantau dan diperiksa? Tak bolehkah kita ikutkan perasaan kita saja? Bila kita rasa sihat dan segar maka, kita tak perlu dipantau!

Begitulah agaknya ramai pesakit rasa. Saya berkata begini sebab ramai yang sudah tahu mereka ada penyakit kronik tidak mahu jumpa doktor berkala untuk pantauan dan enggan memakan ubat yang diberikan.

Sebagai contoh penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus .
Penyakit ini ada dua type. Type 1 boleh berlaku pada umur muda tetapi type 2 akan berlaku pada umur lebih matang namun sejak akhir-akhir ini, umur muda pun sudah boleh dapat type 2 DM..

Type 2 lah yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan serta pilihan makanan kurang seimbang dan juga gaya hidup yang banyak tekanan.
Apabila kencing manis tidak dipantau dan gula dalam darah tidak dikawal dengan baik, banyak komplikasi boleh berlaku.

1. Pada saraf terutama saraf peripheral dan ini menyebabkan kebas tangan dan kaki

2. Pada pembuluh darah kecil, ie kapilari dan ini akan jejas penglihatan bila berlaku dalam mata dan ginjal bila berlaku di ginjal ( kidney ).

3. Selain dari ini, oleh kerana pembuluh darah semakin terjejas, ia boleh menyebabkan kudis dan gangrene serta serta luka yang tidak ada rasa sakit. Ini adalah bahaya, kerana bila tidak sakit, pesakit tidak sedar tentang adanya kudis dan ia akan menjadi semakin melarat.

4. Banyak lagi organ boleh terjejas maka sebab itulah pengidap kencing manis perlu dipantau oleh doktor perubatan dan juga pakar mata.
Pesakit sendiri juga boleh pantau dengan membeli alat pemeriksaan gula dalam darah ( glucometer) dan secara berkala berjumpa doktor untuk pastikan kawalan jangka panjang memuaskan (Hba1C) .

Bila pesakit memilih untuk tidak ambil tahu tentang penyakit dirinya atau memilih untuk mencuba rawatan herba tanpa dipantau oleh mana-mana profesional perubatan, ini adalah langkah yang kurang bijak dan boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan tanpa disedari .

Penyakit seperti kencing manis membawa risiko kerosakkan organ lain dan boleh menjejas jantung, hati dan lain-lain tanpa disedari.

Pendekatan rawatan yang saya lakukan adalah gabungan rawatan komplementari, nutrisi dan juga rawatan konvensional. Saya dapati ini dapat kurangkan pengambilan ubat sebab kadar gula dapat dikawal dengan ubat yang minima dan ini akan kurangkan kesan sampingan ubat. Semua ujian yang diperlukan wajib dijalankan dan rujukan kepada pakar pun perlu dan saya akan rujuk untuk pemeriksaan lanjut bila perlu.

Awas pengamal perubatan bukan konvensional yang tidak ada ilmu perubatan dan menghalang pesakit dari berjumpa doktor. Perbuatan ini tidak beretika dan boleh membahayakan pesakit.

No comments:

Post a Comment